Latar belakang
Seperti ayahnya yang kemahiran bertempur boleh disamakan dengan Tiga Lagenda, Kakashi dianggap sebagai ninja genius yang berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun. Beberapa tahun selepas pencapaian ini, nama ayah Kakashi tercalar kerana Sakumo memilih untuk menyelamatkan rakan-rakannya daripada menamatkan misi yang telah diamanahkan. Oleh sebab berasa amat malu, Sakumo membunuh diri dengan Kakashi sebagai saksi. Sebagai akibatnya, Kakashi sangat mematuhi peraturan terutamanya peraturan shinobi 'kejayaan misi perlu diutamakan dan diletak sebelum kebajikan dan keselamatan rakan seperjuangan'. Kakashi menjadi seorang yang angkuh, muram dan rigid.
Keupayaan
Mata Sharingannya membolehkan Kakashi meniru jurus dan teknik pihak lawan di samping mengagak tindak-tanduk pihak lawan dengan sempurna. Oleh sebab mata Sharingan ini pada asalnya bukan kepunyaannya, ia sentiasa aktif. Bagi seorang Uchiha, hal ini tidak mendatangkan kemudaratan tetapi Kakashi yang bukan berdarah Uchiha terpaksa menggunakan lebih banyak chakra semasa menggunakan Sharingan. Untuk mengatasi masalah ini, Kakashi menutup mata kirinya dengan pelindung dahi dan menggunakan Sharingan dalam pertarungan yang benar-benar berisiko tinggi. Tahap penggunaan Sharingan Kakashi adalah sebaik Uchiha Itachi tetapi impak negatif Sharingan terhadap tubuh Kakashi menyebabkan Kakashi lebih lemah secara relatif.
Dalam Bahagian Kedua, Kakashi berjaya membangunkan Mangekyou Sharingan yang fungsinya agak berlainan dengan Sharingan Itachi. Kakashi berupaya memanipulasikan masa serta ruang dan jika difokuskan boleh digunakan sebagai teknik jarak jauh. Dengan versi Sharingan yang lebih hebat ini, Kakashi berjaya memindahkan tangan kanan Deidara ke dimensi lain. Kemudian, apabila klon Deidara cuba meletupkan dirinya untuk membunuh orang di sekitarnya, sekali lagi Kakashi menggunakan Mangekyou Sharingan untuk memindahkan klon tersebut ke dimensi lain. Mangekyou Sharingan amat meletihkan Kakashi dan menyebabkannya terbaring di hospital selama beberapa minggu setelah menggunakannya selama tiga kali.
ntar di sambung lagi...
0 komentar:
Posting Komentar